Saturday 16 November 2013

KEBERKESANAN PENGAMBILAN SUPPLEMENT UNTUK KECANTIKKAN


MAKAN SUPPLEMENT 
TAPI LAMBAT NAMPAK HASIL JERR.. 
MACAM TAK BERKESAN JERR..


1.TIDAK MENGIKUT DOSE YANG DITETAPKAN


Sesetengah badan kita mampu untuk menyerap supplement yg high dose, tetapi ada yang tidak mampu. Sebab itu akan timbul masalah seperti naik ruam ataupun jerawat.Oleh itu saya syorkan pada permulaan ambil supplement cuba pada dose sedikit dahulu. Selepas 3 hari baru tambah dose. Seandainya tiba-tiba sahaja naik ruam itu kesan daripada pengambilan dose yang tinggi. Cuba kurangkan ataupun banyakkan minum air kosong.

2.KURANG PENGAMBILAN AIR KOSONG 


Ini paling penting..Beli supplement mahal-mahal tapi malas atau tidak suka minum air kosong.. Makan supplement selepas itu mengadu naik jerawat.Bila ditanya minum berapa liter air kosong, 1 liter pun tak sampai. Alasan malaslah sampai asyik ke toilet. Adoi.. Tidak cukup itu cik adik oiii.. Paling kurang pun 3 liter..macam saya sendri sebab ada toksin banyak dalam badan saya minum tidak kurang dari 3 liter..asyik ke toilet lepas minum..itu perkara biasa..makin kerap buang air kecil makin banyak lah toksin terbuang. Jangan hanya suka makan supplement, yang lain tak nak jaga.

3.TIDAK MENDISIPLINKAN DIRI

Hari pertama semangat makan. Lepas tu pada hari ke 3 ke 4 mulalah  terlupa nak ambil waktu pagi , terlupa ambil waktu malam lah..Kita kena disiplin kan diri..supplement yang kita belikan itu adalah bertujuan untuk cantik je tetapi untuk badan anda.

4. PENGAMBILAN KAFEIN 

Ada yang peminat tegar kopi, teh dan Nescafe..Tidak sanggup nak tinggalkan minuman favourite anda?So please jangan makan supplement sebebnya nanti membazir. Kalau awak makan supplement then minum pula kafein memang tak kemana khasiat tu sebabnya kafein tu dah serapkan ataupun musnahkan lebih-lebih lagi dengan supplement yang mengandungi kolegan. Rugikan..Sebab itu lah kesan pun tidak nampak.. Nak cantik nak sihat cuba kurangkan kafein kalau dapat tinggalkan terus lagi bagus.


Saya bukan menjual produk sahaja tetapi saya juga nak bantu customer, andaikata kalau rasa dah 3 atau 4 bulan tu tidak nampak perubahan juga so boleh lah berhenti. Mungkin badan anda tidak sesuai dengan produk yg anda makan. Sebabnya setiap individu mempunyai badan atau penyerapan adalah berbeza. Kalau 1 produk tu semua orang sesuai maka tiada lah penuh Malaysia ni dengan pelbagai produk .

Bagi yang sesuai itu ada yang cepat nampak kesan, bagi yang segelintir tidak sesuai itu ada yang lambat nampak kesan. Mungkin boleh mencuba produk yang lain yang mengikut kesesesuaian badan anda.


Sekian, Terima Kasih..




No comments:

Post a Comment