Thursday 4 January 2018

ANNONA: VITAMIN C GENTLE CLEANSER 60ML

RM39


Manfaat bahan-bahan kandungan utama di dalam VCGC :

1) Ascorbyl glucoside ( Vitamin C )

Sifat antioksidan vitamin C memainkan peranan dalam membantu penghasilan kolagen, dan ia membantu merawat kesan kulit terbakar akibat sinaran matahari. Vitamin C juga dapa memperbaiki tekstur kulit dan mencerahkan bintik-bintik hitam di wajah sekaligus memberikan tona kulit yang lebih sekata.

2) Bunga Evening Primrose

Ekstrak minyak dari bunga Evening Primrose memang terkenal dalam membantu wanita terutamanya yang mengalami kesan sindrom pra-menstruasi (PMS), di mana pada waktu sebelum kedatangan haid, kulit muka sering bermasalah seperti berminyak dan berjerawat.

Evening primrose mengandungi bahan aktif utama iaitu asid gamma linoleik (GLA), yang merupakan salah satu asid lemak penting yang kita perlukan untuk mendapatkan kulit yang sihat. Ia benar-benar penting untuk mengekalkan kulit yang sihat.

Adakah anda tahu bahawa jika anda mempunyai kulit berminyak atau kulit kering, kulit anda mungkin kekurangan asid linoleik? Asid lemak baik di dalam Evening Primrose menggalakkan perlindungan dan membantu kulit anda kelihatan segar dan anjal.

Selain GLA, bunga Evening Primrose juga mengandungi Omega 6 dan asid lemak yang lain yang memberikan kesan anti radang, mengurangkan kemerahan pada kulit yang sensitif, memberi kelembapan pada kulit serta mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan.


3) Buah Peach

Buah peach kaya dengan Vitamin A, Vitamin C, Vitamin K, kalium, magnesium, dan selenium, dapat membantu melindungi kulit daripada sinar UV yang berbahaya. Merupakan sumber protein yang baik dan menyumbang kepada pembaikan tisu kulit. Oleh itu, jika anda mempunyai cela di kulit atau parut luka , peach boleh membantu menyembuhkan luka dengan cepat.

4) Tangerine

Merupakan sumber antioksidan yang sangat tinggi yang membantu dalam memerangi radikal bebas yang merosakkan kulit. Oleh itu, ia membantu melambatkan proses penuaan, selain merangsang penghasilan kolagen, dan menjadikan kulit anda lebih sihat dan lembut.

Sifat-sifat antioksidannya juga membantu mengurangkan kedutan dan membina semula sel-sel yang rosak. Kulit kelihatan lebih muda dan lembut.

Tangerine juga membantu mengawal minyak berlebihan di muka serta menjadikan kulit lebih segar dan bebas cela.

5) Bunga Sakura

Bunga simbol kecantikan wanita Jepun ini digunakan secara meluas dalam dunia kecantikan kulit. Selain antioksidan bunga sakura memiliki kandungan isoflavin yang bertindak untuk mencegah enzim tirosinase dan protein yang digunakan untuk menghasilkan pigmen melanin kulit. Apabila anda secara rutin menggunakan VCGC, ekstrak bunga ini di dalam VCGC akan mengurangkan produksi melanin serta akan membuat penampilan kulit lebih cerah semulajadi. Pada bunga sakura juga terdapat kandungan jojoba oil yang dapat mengangkat sel kulit mati, sehingga dapat mengembalikan warna putih dan cerah pada kulit. Selain itu bunga sakura juga memiliki khasiat untuk meregenerasi kulit, melembabkan kulit serta mengatasi masalah kulit kusam.

6) Aloe Vera (daun lidah buaya)

Khasiat aloe vera dapat melembapkan kulit tanpa memberikan rasa berminyak, maka ia sesuai untuk sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kulit berminyak. Ia mengandungi dua jenis hormon: Auxin dan Gibberellin. Kedua-dua hormon ini dapat membantu menyembuhkan luka kulit akibat kecederaan seperti jerawat dan sifat anti-radangnya yang mampu mengurangkan keradangan/kemerahan kulit. Giberellin dalam lidah buaya bertindak sebagai hormon yang merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baru. Ia membolehkan luka kulit pulih dengan cepat dan secara semulajadi dengan parut yang minima.

HARGA: RM39
+
Postage RM7 (SM) / RM10 (SS)


HOW TO ORDER:
Hasil carian imej untuk online shop
  Fast Respond 

 Happy Online Shopping!!

No comments:

Post a Comment